Monday, September 5, 2011

Akhirnya Mat Sabu Mengaku


 Akhirnya Mat Sabu Mengaku !



Akhirnya Mat Sabu bersuara tentang isu penyelewengan kos perubatan beliau yang telah didedahkan oleh MiM dan bloggers Penang baru-baru ini.

Tetapi malang, Mat Sabu cuba membohongi hadirin yang mendengar ceramah beliau di Rantau Panjang pada 2hb September lepas. Beliau cuba menutup penyelewengan kos perubatan beliau akibat tercedera di dalam aktiviti haram Beersih yang melanggar undang-undang.

Di antara yang dilaporkan oleh media,
"Bila kita masuk hospital pakar, kadang kala ubat RM30 sahaja tetapi duit khidmat pakar perunding caj RM100. Apabila saya pergi ke hospital KPJ Shah Alam, saya tanya berapa agak-agak kos pembedahan, mereka kata dalam anggaran RM15,000.

"Kemudian datang Datuk lembaga pengarah hospital itu yang saya tak perlu sebut nama di sini, dia kata kamu buatlah pembedahan di sini, saya akan cuba cari jalan untuk kurangkan kos.

Selepas pembedahan saya kena caj RM8,000, RM3,000 untuk kos pakar perunding manakala RM5,000 duit ubat, Pemuda UMNO kata saya bawa lari duit RM3,000. Mana saya bawa lari duit,'' katanya.
1. Mat Sabu berbohong kerana tidak menceritakan kos perubatan beliau itu telah dibayar balik oleh PBAPP.

2. Reimbursement wang tersebut menimbulkan persoalan penyelewengan kuasa kerana kecederaan Mat Sabu kerana terlibat di dalam aktiviti haram yang melanggar undang-undang.

3. Tidak ada mana-mana syarikat, insurans atau amalan korporat yang akan membayar kos perubatan pegawai mereka jika kecederaan kerana terlibat di dalam aktiviti yang melanggar undang-undang kecuali jika berlaku penyelewengan.

4. Jika kita rujuk bil perubatan Hospital KPJ seperti di bawah, kos konsultasi pakar hanya berjumlah RM100 sahaja. KLIK SINI

5. Maka, jika Mat Sabu benar-benar mahu membersihkan nama sendiri, beliau hanya perlu menunjukkan salinan bil konsultasi pakar yang berjumlah RM3,373.50 (itupun jika wujud)!

6. Manakala pihak PBAPP hanya perlu menunjukkan satu lagi invois yang menunjukkan kos konsultasi pakar itu telah diterima secara sah.

7. Dalam hal ini, MiM pasti pihak hospital KPJ tidak akan berani mengeluarkan bil yang tidak sah dan sengaja diada-adakan untuk menyelamatkan maruah Mat Sabu pro-komunis itu.

8. Pihak PBAPP pula pasti tidak akan berani mengeluarkan invois baru yang mengesahkan bil konsultasi Mat Sabu kerana jika mereka berbuat demikian, Lim Guan Eng DAP adalah pihak yang bertanggungjawab dan beliau sepatutnya meletakkan jawatan dengan kadar segera.

9. Oleh kerana itu kita telah saksikan jawapan dangkal pengecut tahap pondan Lim Guan Eng DAP yang terkial-kial tidak dapat membersihkan nama beliau sendiri. 
10. Dan apabila Lim Guan Eng menepis dengan mengatakan bahawa MiM dan blogggers Penang sebagai tukang fitnah, kita sudah hampir pasti bahawa Lim Guan Eng telah menyalahgunakan kuasa beliau di dalam PBAPP untuk mengarahkan perbadanan tersebut membayar balik kos perubatan Mat Sabu.

11. Jika Lim Guan Eng masih mahu berdolak-dalih, rakyat Pulau Pinang akan menyaksikan buat kali pertama seorang Ketua Menteri yang jatuh tersungkur kerana menyalahgunakan wang rakyat! 

No comments:

Post a Comment