Tuesday, September 6, 2011

Azmin dinasihat supaya dedah salah laku Anwar


Azmin dinasihat supaya dedah salah laku Anwar


Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini menasihatkan Azmin Ali supaya tak bersekongkol dan menyimpan segala salah laku yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Bercakap didalam satu sidang media semalam, Azmin Ali yang juga merupakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga diselar supaya tidak bersubahat dengan kemungkaran yang dilakukan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat tersebut.

"Sebagai umat Islam, Azmin perlu sedar dan menolak pemimpin yang melakukan kemungkaran walaupun individu itu menjadi idola beliau" kata Zahrain.

Zahrain juga mendedahkan bahawa Azmin sebenarnya tidak mempunyai pilihan lain selain dari membela Anwar kerana karier politiknya bergantung kepada pemimpin tersebut. Mungkin diatas faktor inilah yang menyebabkan Azmin masih kekal didalam PKR walaupun sudah ramai kenalan rapat Anwar meninggalkan parti tersebut.

"Saya lihat Azmin mempertaruhkan masa depan karier politiknya pada Anwar. Dia tetap mempertahankan Anwar tidak kira tindakan yang dilakukan itu betul atau salah," katanya beliau lagi.

Pada sidang media itu juga, Zahrain menyeru serta berharap agar seluruh ahli PKR mengikut langkahnya meninggalkan parti itu dan menolak Anwar sebagai pemimpin. Ujarnya, tiada gunanya menyokong parti yang korup serta pemimpin yang penuh skandal serta salah laku moral.

No comments:

Post a Comment