Tuesday, September 13, 2011

Guan Eng dan Isu projek tempat letak kereta Bukit Bendera


Guan Eng cuba lepas tangan isu projek tempat letak kereta Bukit Bendera




PDC bukan di bawa seliaan kerajaan Persekutuan sebalik kerajaan negeri DAP dan Guan Eng sendiri sebagai Pengerusi .  Sebagai kerajaan yang  CAT ,  beliau perlu bertanggungjawab sepenuhnya dan jika berlaku penyelewengan ia perlu diambil tindakan .




PULAU PINANG 11 Sept. – Kerajaan DAP Pulau Pinang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kelewatan projek pembinaan tempat letak kereta bertingkat Bukit Bendera bernilai RM5 juta yang kini belum dibuka kepada orang ramai.


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir (gambar) berkata, meskipun perancangannya dibuat oleh Barisan Nasional (BN) pada 2007, peruntukan kewangan untuk projek berkenaan telah disalurkan kerajaan Pusat pada 2008, iaitu semasa pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.


Sehubungan itu, jelas beliau, Ketua Menteri selaku Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) perlu bertanggungjawab terhadap kelewatan berkenaan.


“PDC melantik kontraktor untuk membina tempat letak kereta tersebut. Mana boleh tutup kelemahan itu. Guan Eng kena jawab isu ini, jangan salahkan orang lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Beliau ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Bukit Gelugor di sini malam tadi.


Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim dan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar.


Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) baru-baru ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta Guan Eng, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan PDC disiasat berhubung pembinaan tempat letak kereta bertingkat bernilai RM5 juta di Bukit Bendera.Bangunan empat tingkat itu dijadual siap pada suku ketiga 2010 namun sehingga kini ia belum dibuka kepada umum.

No comments:

Post a Comment