Monday, September 12, 2011

Janji Jepun vs Janji Malaysia


Janji Jepun vs Janji Malaysia



1.Orang Jepun bila berjanji ,mereka biasa akan sampai 10 atau 15 minit lebih awal, tetapi orang Malaysia bila berjanji ,mereka  biasanya akan lewat lebih 15 minit.


2 Orang Jepun kalau kita lewat 5 minit pun ,kita kena marah gila-gila,tetapi orang Malaysia kalau kita lewat 5 minit sudah dikira sampai cepat dah tu..

3.Orang Jepun kalau lewat 1 jam itu dah kira luar biasa sangat,tetapi orang Malaysia kalau lewat 1 jam itu kira biasajer..

4.Orang Jepun kalau terasa akan terlewat mereka akan beritahu awal-awal  tetapi orang Malaysia kalau terasa akan terlewat akan beritahu bila dah sampai jer.

5.Kalau keretapi Jepun lambat dan tidak mengikut jadual mereka akan pulangkan semula duit pelanggan tetapi keretapi Malaysia kalau lewat itu di kira tiada apa-apa kesalahan yang berlaku.


6.Keretapi Jepun biasanya sampai tepat pada masanya tetapi keretapi Malaysia biasanya lambat dari masanya

7.Peribahasa orang Jepun "Masa itu duit" tetapi peribahsa orang Malaysia "Masa itu emas".Tetapi orang Malaysia tetap lewat juga...

8.Orang Jepun kalau terlewat akan berlari-lari cepat tetapi orang Malaysia kalau terlewat akan jalan lenggang lengok jer...

9.Pekerja di pejabat-pejabat Jepun biasanya balik lewat dari waktu tamat kerjanya kerana malu nak balik awal,tetapi pekerja-pekerja di pejabat -pejabat di Malaysia akan balik awal kalau ada kesempatan.

Terimalah kebenaran apabila kebenaran itu memang benar disisi Allah.
Terimalah kebenaran walaupun ia pahit seperti hempedu.
Terimalah kebenaran walaupun ia masam seperti cuka.
Terimalah kebenaran walaupun ia pedih seperti luka dititis limau.
Terimalah kebenaran walaupun ia membuatkan kamu kecewa.
Terimalah kebenaran walaupun ia membuat anda terluka.
Terimalah kebenaran walaupun ia perkara yg paling anda tidak suka.
Terimalah kebenaran walaupun ia berbisa.
Terimalah kebenaran walaupun ia bertentang dengan pendapat anda.
Terimalah kebenaran walaupun ia bersalahan dengan faham kamu.
Terimalah kebenaran walaupun ia perkara yang anda tidak mahu mendengarnya.
Terimalah kebenaran walaupun ia memanaskan telinga.
Terimalah kebenaran walaupun ia menggusarkan jiwa.
Terimalah kebenaran walaupun datangnya daripada pekerja bawahan yg paling bawah dalam jabatanmu.
Terimalah kebenaran walaupun datangnya daripada ketua kamu yg paling kamu tidak suka.
Terimalah kebenaran walaupun datangnya daripada mereka yg kamu anggap sebagai musuh kamu.
Terimalah kebenaran walaupun datangnya tidak diundang.
Terimalah kebenaran walaupun datangnya daripada mereka yg kamu anggap hina.
Terimalah kebenaran kerana kita ini dihidupkan untuk mencari kebenaran.




No comments:

Post a Comment