Tuesday, September 6, 2011

Kronologi dan gambar Somalia Dari Datuk Azeez


Gambar Bahu Berlubang Terkena Peluru. Datuk Azeez Cerita Terperinci Kejadian Tembak Menembak Di Somalia



Azeez: “peluru masuk dari bawah kena ketiak dan tembus ke bahu Noramfaizul, keluar ikut cermin tingkap”

Soalan AgendaDaily: Datuk (Azeez Rahim), sebagai ketua misi yang dapat semua infomasi, yang ada di tempat kejadian, apa teori Datuk terhadap peristiwa ini?

Teori saya, ini keretanya, (sambil tunjuk lakaran) kejadian jam 5.40 petang, meninggal 6.10 petang, arwah meninggal betul-betul waktu azan waktu Maghrib.

Jeep mereka yang terakhir masuk ke kawasan kem, berhenti untuk tunggu penghadang terbuka, pada hemat saya, kereta perisai (tentera AU yang tembak itu) petang-petang ronda suka gempak-gempak (buli) orang,

Mereka naik kenderaan perisai, mungkin sebab kita lambat ganggu jalan dia ke, dia tembak, suka-suka, (pembuli).

Dia buat satu tembakan di bawah. Belakang jeep, di bawah bumper, ada tayar spare, dia tembak di situ, dia nak gempak ke apa ke, dia pun tak tahu orang Malaysia dalam itu, sebab cermin gelap, bila dia tembak itu, tidak kena tayar, kena rim.

Bila kena rim, peluru itu divert, terpelanting, tembus ke kerusi penumpang belakang sekali Noramfaizul duduk menyandar, hujung kanan, Aji sebelah kiri, tengah berbual, peluru masuk dari bawah kena ketiak dan tembus ke bahu Noramfaizul, keluar ikut cermin tingkap, dia pun jatuh kearah Aji.

Yang Aji pulak, dapat serpihan yang masuk itu, tangannya sebelah kanan, Aji duduk dekat dengan Faizul, bila (peluru) masuk, bahang itu pun membakar tangan Aji, bahang saja tu.

Satu peluru sahaja, laporan Reutres tak betul. Kalau tengok kesan luka, di bawah ketiak itu nampak kecil saja, tapi yang di bahu lubangnya sebesar lima puluh sen.

Melissa tengok Aji berdarah, tapi tengok Faizul tak berdarah lagi, tapi sudah jatuh kearah bahu Aji.

Bila saya sampai itu, masuk ke bilik rawatan, arwah masih sedar, saya sempat ajar mengucap.

Jadi peluru itu merosakkan organ di antara ketiak dan bahu, pendarahan luar tak sebanyak pendarahan dalaman.
(HHalem: Apa organ diantara ketiak dan bahu? Dr Novandri Hassan Basri, MIM, mungkin boleh bantu)

Kalau kita tengok kronologi dia, memang panggilan Ilahi arwah, dia tak sepatutnya terbang, namanya tidak ada dalam senarai, dia minta, memang panggilan ilahi, kita kena terimalah Ketentuan Allah SWT.

No comments:

Post a Comment