Monday, September 12, 2011

Larangan Mempersendakan Agama



Larangan Mempersendakan Agama

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
Jauhilah diri daripada orang yang menjadikan agama sebagai permainan dan hiburan. Mereka pula telah terpedaya dengan kehidupan dunia dan peringatkanlah mereka dengan Al-Quran supaya mereka tidak terjerumus ke neraka di akhirat disebabkan perbuatan mereka yang keji dan buruk. Tidak ada pelindung dan pemberi syafaat kecuali Allah. Sekiranya mereka hendak membebaskan dirinya dengan segala jenis penebusan, semuanya tidak diterima lagi. Mereka ini adalah golongan yang dijerumuskan ke dalam neraka dengan sebab usaha mereka. Mereka diberi minuman dengan air panas yang menggelegak dan ditimpakan azab disebabkan mereka kufur.
persendakan agama islam
Assalamualaikum kepada semua pengunjung-pengunjung pejuangmelaka saya ini. Syukur ke hadrat illahi kerana sehingga kini blog ini masih kekal berkongsi pelbagai ilmu pengetahuan kepada anda semua.
Perbincangan kita pada kali ini adalah berkaitan dengan salah sebuah tajuk didalam Agama Islam iaitu tilawah ayat kefahaman tingkatan empat yang bertajuk Larangan Mempersendakan Agama, daripada Surah al-An`am ayat 70. Berdasarkan Surah al-An`am ayat 70 di bawah ini adalah soalan-soalan serta jawapan yang tepat untuk pelajar-pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sebelum itu, perkara utama yang perlu diketahui untuk Surah al-An`am ayat 70 ini adalah :
Golongan.          Penerangan.
Musyrikin              Kaum yang menyekutukan Allah dan penentang kuat ajaran Tauhid.
Munafiq                  Orang yang menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan keislaman.
Murtad                    Orang yang keluar daripada agama islam.
`Asi                          Orang Islam yang melanggar perintah Allah S.W.T tetapi tidak mengingkarinya.
Contoh soalan dan jawapan 1 :
Apakah maksud mempersendakan agama ?
Mempersendakan agama ialah semua perbuatan sama ada lisan atau perlakuan yang boleh merendahkan imej agama Islam.
Contoh soalan dan jawapan 2 :
Jelaskan dua contoh mempersendakan agama islam
Dua contoh mempersendakan agama Islam ialah :
  1. Menghina ulama.
  2. Menghina orang bertaqwa.
  3. Enggan mengerjakan solat.
  4. Enggan mengeluarkan zakat.
  5. Memperkecilkan tuntutan agama.
  6. Bangga apabila melakukan larangan Allah S.W.T.
  7. Menyanjung kezaliman atau perbuatan maksiat.
Contoh soalan dan jawapan 3 :
Sebagai seorang pelajar, cadangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menjamin kegemilangan umat islam.
Langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjamin kegemilangan umat islam ialah menguasai ilmu dalam pelbagai bidang, membina jati diri dengan sifat-sifat mahmudah dan bersatu padu memperteguhkan ekonomi negara.
Contoh soalan dan jawapan 4 :
Terangkan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya rakan anda suka kepada hiburan yang melalaikan.
Tindakan-tindakan yang perlu dilakukan ialah :
  1. Menasihatinya.
  2. Melaporkan kepada guru.
  3. Maklumkan kepada ibu bapa mereka.
  4. Menghalangnya daripada melakukan perbuatan tersebut.




Pesanan pejuangmelaka - MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZARA ada amik exam SPM  tak ? Suspeknya adalah ADLIN BIN ABDUL JALIL 
Namun Allah S.W.T sentiasa membuka ruang terbaik kepada setiap hambaNya, walaupun pendedahan awal tersilap sasaran akhirnya sehari sebelum umat Islam menyambut Syawal satu lagi kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Kids CSI Team' telah berjaya menjejaki profil sebenar betina yang bernama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara dan gambar-gambar betina ini didedahkan dalam internet pada 29 Ogos 2011.


Adlin..Adlin kembalilah ke pangkal jalan...

Golongan yang meninggalkan agama Islam (murtad) dikatakan terbahagi kepada dua jenis, iaitu mereka yang hanya meninggalkan agama Islam dan menganut agama lain secara sembunyi-sembunyi dan mereka yang meninggalkan agama asal (Islam) namun dalam masa yang sama mereka menghina dan mencela segala amalan agama asal mereka.


No comments:

Post a Comment