Monday, September 12, 2011

Sertai Persidangan Kristian Di Munich, Jerman ?




Anwar Kini Sertai Persidangan Kristian Di Munich, Jerman


AIDCNews – 12/09/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang berada di Munich, Jerman untuk mengikuti “International Meetings for Peace” dari 11 Sept hingga 13 sept 2011.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Anwar dalam twitternya dan blog rasminya, anwaribrahimblog.com.
Menurut themunichtimes.com, program yang dijangkakan melibatkan Lebih 400 orang dari 60 buah negara itu dianjurkan anjuran the community of Sant’Egidio dengan kerjasama the Archdiocese of Munich-Freising.
The Community of Sant’Egidio adalah satu komuniti masyarakat Kristian yang diiktiraf secara rasmi oleh Gereja Katolik sebagai ‘Persatuan Gereja Awam’.
Komuniti Sant’Egidio diasaskan di Rom pada tahun 1968, dinamakan sempena Gereja Rom Sant’Egidio (Itali untuk Saint Giles) di Trastevere, di mana bermula tempat pertemuan pertama.
Sejak tahun 1968, masyarakat telah berkumpul di situ pada setiap malam untuk berdoa dan membaca Alkitab, menelaah Injil, yang akhirnya merebak di seluruh dunia dengan misi membantu Kristinisasi kepada golongan-golongan yang memerlukan.
Antara aktiviti utama komuniti ini adalah acara prayer (sembahyang), yang berpusat di sekitar pembacaan Alkitab, menyebarkan Injil untuk membantu orang-orang yang mencari pedoman kehidupan, membantu golongan miskin, perpaduan di kalangan mazhab berbeza Kristian (Ecumenism) dan menganjurkan dialog antara agama (pluralisme antara agama).

“Munich: wacana bukan untuk mengukuhkan kejahilan, prejudis atau Islamofobia. Pertahankan keselamatan Israel tetapi disenyapkan nasib rakyat Palestin”, tulis Anwar dalam twitternya 5 jam lalu.

Kehadiran wakil-wakil Gereja Kristian dan Komuniti Ecclesial dalam acara perasmian pada 11 Sept

Anwar dijadualkan berucap hari ini, 12 Sept. dengan tajuk “Humanistic and Religious Believers: an Agenda of Coexistence“, di Residenz, Cuvilliés-Theater.
Ketua Umum PKR itu terlibat dalam panel ke-14 yang mengupas ucapan Paul Poupard (Cardinal, President Emeritus of the Pontifical Council for Culture, Holy See). Turut mengupas bersama Anwar adalah lima orang ahli panel lain iaitu Riccardo Di Segni (Chief Rabbi of Rome, Italy), Simon Xavier Guerrend Hermès (President of Guerrand Hermès Foundation for Peace, France), Vincenzo Paglia (Catholic Bishop, Italy), Walter Jürgen Schmid (Ambassador of Germany to the Holy See) dan Paolo Borzatta (Senior Partner of “The European House-Ambrosetti, Italy).
Ucapan Anwar turut disiarkan di laman rasmi Anwar, anwaribrahimblog. Untuk membacanya, sila klik di sini
Program yang dirasmikan oleh Presiden Republik Persekutuan Jerman, Christian Wulff itu turut membariskan beberapa ucapan pemimpin agama lain antaranya; Reinhard Marx (Cardinal, Archbishop of Munich and Freising), Horst Seehofer (Minister-President of Baviera), Shear-Yashuv Cohen (Emeritus Chief Rabbi of Haifa, Israel), Daniel (Patriarch of the Romanian Orthodox Church) dan Datò’ Seri Anwar Ibrahim (Member of Parliament, Malaysia).
Selain itu, beberapa ahli panel lain turut terlibat antaranya; Munib Younan (President of the Lutheran World Federation) dan Angela Merkel (Chancellor of the German Federal Republic)
Nama Munib Younan pernah disebut oleh Bishop Philip Lok (Presiden Persatuan Gereja Lutheran Malaysia dan Singapura) sebagai individu yang Anwar pernah ‘materai’ perjanjian untuk menjamin beri kalimah Allah kepada penganut Kristian di Malaysia.
Manakala Angela Merkel adalah Pengerusi Christian Democratic Union of Germany (CDU) yang memiliki badan pemikirnyanya dinamakan Konrad Adenauer Stiftung (KAS).
KAS merupakan salah satu penaja utama badan pemikir Anwar sejak dari tahun 1984.
Dalam persidangan itu Anwar diperkenalkan sebagai “seorang pejuang hak asasi manusia..bapa Asian Renaissance..dan penaja utama dialog antara agama di Asia”

Anwar Ibrahim di Rom, Itali, Church of Sant'Egidio pada 4 Oktober 2010

Turut disertakan sekeping foto penglibatan Anwar dalam program yang sama yang pernah diadakan di Rom, Itali pada 4 Oktober tahun lepas iaitu Persidangan Antarabangsa Solat Untuk Keamanan.

Rujukan : Sini

No comments:

Post a Comment