Thursday, September 8, 2011

JANGAN DERHAKA KEPADA SULTAN!!!


JANGAN DERHAKA KEPADA SULTAN!!!



Perlu diingatkan. Ini bukan kali pertama Khalid Gereja derhaka kepada keputusan yang dibuat oleh DYMM Sultan Selangor.

Dalam isu perlantikan Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri tempoh hari, dia dah pun buat hal dengan membantah secara terang - terangan.

Malah, dia siap buat demonstrasi lagi dihadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri bagi membantah lantikan tersebut walaupun ianya mendapat perkenan Sultan.

Kali ini, dia sekali lagi ingin mencabar kuasa yang ada pada institusi Agama Islam yang dinaungi oleh DYMM Sultan.

Apakah dia tidak tahu bahawa kuasa yang ada pada JAIS memerlukan perkenan daripada Tuanku Sultan telebih dahulu?

Ke dia memang ada hajat nak ikut jejak langkah Nizar Lilin yang secara terang - terangan menderhaka kepada Sultan?

Atau dia nak kena heret ke mahkamah dulu baru dia nak sedar dimana kedudukan dia macam tindakan yang dikenakan ke atas ADUN Sri Muda hari tu?



Laporan Berita - Malah, hari ini Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor itu turut mengeluarkan kenyataan berbeza apabila menyatakan tauliah penceramah tidak perlu, selain mendakwa JAIS sebagai sebuah badan yang tidak bebas dan menyifatkan keperluan tauliah mengajar adalah peraturan lama yang digubal semasa pentadbiran negeri dikuasai oleh Barisan Nasional (BN) dulu.
Beliau juga mendakwa para pegawai penguat kuasa yang menjalankan tugas berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 mengamalkan diskriminasi dan bersekongkol dengan UMNO.
Dalam konteks ini, Khalid Samad sudah melampau. Apakah beliau tidak tahu prosedur mewartakan sebarang Enakmen yang bersangkut paut dengan agama Islam?
Takkan beliau terlalu naif dan dungu untuk tidak memahami bahawa kelulusan Enakmen Pentadbiran Agama Islam mesti mendapat kelulusan Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri.
Dan baginda sudah pasti bersikap adil, profesional dan neutral di dalam hal ehwal agama Islam negeri. 
Jika Khalid Samad memperlekeh-lekehkan Enakmen tersebut, apakah beliau sebenarnya tidak sensitif dan sengaja mahu menimbulkan kontroversi dan murka Sultan Selangor ? Apakah Khalid Samad juga cuba mempertikai kewibawaan Sultan Selangor?
Sebagai seorang Ahli Parlimen, Khalid Samad telah memperbodoh-bodohkan diri dan berlakuan seperti budak kecil kerana cepat melatah tetapi hujahnya kebudak-budakkan dan bakal menimbulkan murka Sultan Selangor!
Dan begitu ringan mulut pemimpin-pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat yang begitu cepat menyalahkan parti UMNO. 
Padahal, tuduhan mereka itu termasuk Khalid Samad telah membuka pekung hangit di dada mereka kerana not in controlled walau pun mentadbir negeri tersebut.
Jika begitulah caranya, lebih baik Pakatan Rakyat tarik diri sahaja dari negeri Selangor dan serahkan kepada pihak yang lebih efesien.

No comments:

Post a Comment