“Bulan puasa..mak saya (Mak Tom) suruh saya hantar kuih rumah dia..bila saya masuk rumah, tengok dia (Azmin) sorang, dengan (pakai) kain pelikatnya..muka sakit lah..kak long cepat..cepat..cepat tolong aku..dia(Azmin) kata..so..dia ajak saya masuk bilik dia..habis tu dia bawa ke toilet (tandas)..dia tunjuk..di situ ada berdarahlah…macam berketul-ketul..saya tanya dia (Azmin)..’(darah) ini keluar dari depan ke belakang ?’ Nampak pelik tau..lepas tu dia kata jangan banyak tanya la..sakit la..dia suruh saya hantar pergi (hospital) Tawakal..”, dedah Norlia Ali,kakak sulong (Kak Long) kepada Azmin Ali dalam satu temu bual di Sri Kembangan pada 4 September lalu.
Kak Long yang ditemani oleh adik bongsunya, Ummi Hafilda ditemui oleh para blogger ketika majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Rumah Terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad, Sri Kembangan.Menurutnya dia terkejut melihat Azmin yang ketika itu, masih bujang dan baru bekerja dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami penyakit penyakit misteri, iaitu berdarah berketul-ketul dari bahagian duburnya.Apabila kakaknya membawa ke hospital Tawakal, doktor yang memeriksanya mendapati Azmin mengalami sakit buah pinggang sehingga terpaksa menjalani rawatan pemulihan di hospital swasta itu.
“Sampai Tawakal, doktor kata dia (Azmin) sakit buah pinggang…so hari berikutnya buat pembedahan….sampai sekarang, saya tidak faham…sakit buah pinggang berdarah ke..keluar ke darah (kat belakang kan)..hah..tak dapat jawapan..”, katanya.
Kebenaran dari Seorang Kakak , Mari kita menilai kesahihannya..
No comments:
Post a Comment